-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Pemikiran Komputasional - Senario Malaysia

Klik untuk membaca:

Senario Malaysia1 | 2 | 3 | 4 || Pemikiran Komputational : Leraian | Peniskalaan | Pengecaman Pola | Logik | Algoritma | Penilaian || Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 telah memasukkan STEM (Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) ke dalam PdP (BERNAMA, 2016). Seiring trend dunia pada abad ke-21 menekankan peranan teknologi sebagai pendorong kepada PdP dan literasi digital, kemahiran Pemikiran Komputasional akan diperkenalkan kepada semua murid Tahun 1 di semua sekolah rendah dan juga pelajar Tingkatan 1 dan 4 di semua sekolah Menengah.

Yang berikut merupakan berita yang disiarkan melalui RTM1 berkenaan pelaksanaan program ini:

Berita National RTM1. (2016, Ogos 11). Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer diajar di sekolah tahun hadapan. [Video file]


Apakah itu Pemikiran Komputasional (Computational thinking)?
"Pemikiran Komputasional merupakan keupayaan berfikir secara logik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah menggunakan prinsip sains komputer melalui kemahiran algoritma dan pengaturcaraan."




Kemahiran Pemikiran Komputasional melibatkan kemahiran seperti yang berikut:
  • Menyelesaikan masalah kompleks dengan pemikiran komputasional menggunakan teknologi komputer.
  • Menyusunmenganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik.
  • Menterjemah data melalui konsep peniskalaan (abstractionseperti model dan simulasi.
  • Menyelesaikan permasalahan melalui pemikiran algoritma.
  • Mengenal pastimenganalisisdan melaksanakan penyelesaian yang mungkin bagi mencapai matlamat untuk mendapatkan kombinasi langkah dan sumber yang paling cekap dan berkesan

DSKP KSSR Semakan 2017
Anda boleh memuat turun dokumen yang berkenaan melalui pautan yang berikut:

http://bpk.moe.gov.my/index.php/muat-turun-dokumen/

KSSM


The International Society for Technology in Education (ISTE) telah menyediakan video penerangan berhubung pemikiran komputasional:

ISTE. (2012). Computational thinking skill: A digital age skill for everyone. [Video file].


Anda boleh klik pada pautan yang berikut untuk bacaan lanjut:

ISTE. (2011). Operational definition of computational thinking skills. for K-12 education.

ISTE Connect. (2015). It's time to demystify computational thinking.  

Sykora, Carolyn. (2014). Computational thinking for all. 




Rujukan

Azura Abas. (2016, Aug 11). Computer thinking skills to be introduced in School curriculum next year. New Straits Times Online. http://www.nst.com.my/news/2016/08/164732/computational-thinking-skills-be-introduced-school-curriculum-next-year


Berita National RTM1. (2016). Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer diajar di sekolah tahun hadapan. [11 Ogos 2016]. Retrieved Aug 13, 2016 from https://www.youtube.com/watch?v=f3rEFYgRF3A

BERNAMA. (2016, Ogos 11).  Pemikiran komputasional, sains komputer akan diajar di sekolah tahun depan. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pemikiran-komputasional-sains-komputer-akan-diajar-di-sekolah-tahun-depan-1.369190

ISTE. (2012). Computational Thinking: A digital age skill for everyone. [video recording]. Retrieved Aug 13, 2016 from https://www.youtube.com/watch?v=VFcUgSYyRPg


ISTE Connect. (2015). It's time to demystify computational thinking. Retrieved Aug 13, 2016 from https://www.iste.org/explore/articleDetail?articleid=501 


Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR (Semakan.).[PowerPoint]. Retrieved Aug 13, 2016 from http://ppdmuar.my/laporanunit/attachments/article/4058/2_KSSR%20BARU.ppt.


Sykora, Carolyn. (2014). Computational thinking for all. Retrieved Aug 13,  2016 from https://www.iste.org/explore/articleDetail?articleid=152


Klik untuk membaca:

Senario Malaysia1 | 2 | 3 | 4 || Pemikiran Komputational : Leraian | Peniskalaan | Pengecaman Pola | Logik | Algoritma | Penilaian || Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0

No comments: