-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Thursday 10 November 2016

Perkongsian maklumat mengenai TMK dan Pemikiran Komputasional merentasi Kurikulum KSSR Semakan 2017

PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL (PK)

 Senario Malaysia1 | 2 | 3 | 4 || Pemikiran Komputational : Leraian | Peniskalaan | Pengecaman Pola | Logik | Algoritma | Penilaian || Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0



Cik Sumitra Kan telah menghadiri Mesyuarat Pengubalan Modul ToT Pemikiran Komputasional di Knowledge Workers Development Centre, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Cyberjaya, Selangor pada 7 - 10 November 2016.

Pada 9 November 2016, MEDC telah menjemput Pn. Sh. Faridah Sy. Khalid daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk berkongsi maklumat mengenai penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Pemikiran Komputasional (PK) merentasi Kurikulum KSSR semakan 2017.

Mulai 2017, TMK diserapkan dalam semua mata pelajaran Tahun 1 dan semua guru mata pelajaran bertanggungjawab membimbing semua murid untuk menguasai kemahiran asas TMK. Setiap mata pelajaran akan mengajar antara 1-3 modul aplikasi sehingga keseuma 19 modul aplikasi telah disampaikan.

Terdapat dua buah modul, iaitu Modul Asas Kemahiran TMK dan Modul Aplikasi. Modul Asas TMK memfokus kepada literasi komputer dengan menyediakan tutorial langkah demi langkah yang membantu murid menguasai kemahiran asas TMK, penerapan pemikiran komputasional dan penyediaan hasil kerja yang kreatif dan inovatif. Modul Aplikasi pula merupakan panduan pelaksanaan penerapan elemen TMK dan PK merentasi kurikulum.



Kandungan Modul TMK terdiri daripada empat komponen:

  • Komponen 1 Mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif melalui TMK.
  • Komponen 2 Mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat melalui TMK.
  • Komponen 3 Menggunakan Pemikiran Komputasional untuk proses penyelesaian masalah. 
  • Komponen 4 Mengamalkan sikap bertanggungjawab dan beretika dalam TMK.

Hasil pembelajaran yang dijangka ialah murid-murid akan dapat mengabungkan kesemua kemahiran asas TMK yang dibelajari daripada semua mata pelajaran untuk menghasilkan pelaporan digital nanti.

Modul Asas pula merupakan panduan tentang kaedah pelaksanaan kurikulum.

Penerapan unsur PK dan TMK pada peringkat Tahun 1 agak minimum tetapi akan bertambah apabila mereka naik ke Tahap 2 (Tahun 4-6) nanti, mereka akan belajar kemahiran TMK yang lebih lanjut seperti penggunaan perisian aplikasi pejabat dan Coding melalui Scratch Programming. BPK telah memberikan latihan berpusat kepada JU peringkat kebangsaan dan diturunkan kepada JU peringkat negeri. Dua orang guru akan mewakili sekolah masing-masing untuk mengikuti bengkel supaya dapat pendedahan terhadap pelaksanaan KSSR Semakan 2017 nanti.

DSKP semakan 2017 dan Panduan Pelaksanaan Modul TMK sudah boleh dimuat turun melalui laman web rasmi BPK (http://bpk.moe.gov.my/)






Klik untuk membaca:

PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL (PK)

 Senario Malaysia1 | 2 | 3 | 4 || Pemikiran Komputational : Leraian | Peniskalaan | Pengecaman Pola | Logik | Algoritma | Penilaian || Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0

No comments: