-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Learning Management System / LMS

Klik untuk membaca:


"An LMS is a software programme used by educational institutions to document, track, report and deliver electronic educational technology. There are vast array of programmes designed for differing educational needs including courses that are primarily online or distance education as well as acting as accessible programmes that offer blended learning or augmented information for face-to-face courses." 
(What is learning management system [LMS], 2016)

Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System /LMS) merupakan perisian aplikasi berunsur pendidikan yang digunakan untuk menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam talian termasuk menyampaikan maklumat dan bahan pengajaran dan pembelajaran, komunikasi antara pengajar dengan pelajar, memantau dan merekod aktiviti pelajar serta membuat pelaporan yang diperlukan. Ia membenarkan proses pengajaran pembelajaran berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran boleh berlaku serentak (synchronous) ataupun pada masa yang berlainan. Pembelajaran jarak jauh di mana guru dan pelajar berada di lokasi fizikal yang berlainan boleh dilaksanakan (ProProfs, 2013).

Anda boleh ikuti video yang berikut untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang LMS, walau bagaimanapun, anda boleh abaikan iklan yang dibuat pada penghujung video tersebut.


LMS yang paling popular merupakan Edmodo, Moodle, Blackboard, SuccessFactor,... Schoology, dsb Capterra, n.d.). Edmodo, Moodle dan Schoology mempunyai versi Koporat berbayar dan versi Asas yang percuma. Kementerian Pendidikan Malaysia pula telah melaksanakan Projek 1BestariNet yang menyediakan Frog VLE, iaitu LMS yang disediakan mengikut konteks Malaysia.

Pihak kami akan menyediakan panduan untuk membantu anda mengenali dan menggunakan LMS yang berikut:


Rujukan

Capterra. (n.d.). The top 20 most popular LMS softwares. Retrieved November 4, 2016 from http://www.capterra.com/learning-management-system-software/#infographic

ProProfs. (2013). What is a learning management system? LMS softwares. [Video file]. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=FAsdtwj00Uo

TalentLMS. (2015). What is an LMS? Definition and uses of a learning management system. [Video file]. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=zv5bpfxJ2xE

What is learning management system (LMS). (2016). Retrieved November 4, 2016 from http://www.igi-global.com/dictionary/learning-management-system-lms/16887


Klik untuk membaca: LMS | Frog VLE | Moodle | Schoology



Klik untuk membaca:

No comments: