-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Klik untuk membaca:




"Educational technology is the study and ethical practice of facilitating learning and improving performance by creating, using, and managing appropriate technological processes and resources." 
~AECT, 2008


         Teknologi Pendidikan merupakan teori dan amalan beretika yang bertujuan meningkatkan prestasi pembelajaran melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan proses dan sumber teknologi yang sewajarnya.

Dengan ini, amalan teknologi adalah berlandaskan kepada teori pembelajaran dan hasil kajian di samping menggunakan pelbagai media, pendekatan, kaedah dan bahan untuk mencapai tujuan itu. Ia tidak terhad kepada pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK ataupun ICT) semata-mata.

            Walau bagaimanapun, pengintegrasian ICT, khususnya multimedia dan pelbagai perisian aplikasi telah menjadi trenda kini kerana ia berkeupayaan membekalkan pengalaman multisensori interaktif melalui simulasi dan permainan yang melibatkan pelajar secara aktif.

          Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengayakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dengan aktiviti yang berunsur didik hibur, penyampaian maklumat yang berkesan serta yang melibatkan pelajar secara aktif.

Pelajar belajar melalui kuiz interaktif Kahoot!

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:


Kahoot! Kuiz interaktif berbentuk pertandingan. Klik untuk mengikuti tutorial
Edpuzzle Tontonan video interaktif yang menggunakan kuiz kefahaman. Klik untuk mengikuti tutorial
Google Apps for Education Terdapat pelbagai jenis Apps yang amat berguna baik untuk tujuan P&P ataupun pengurusan pendidikan. Klik untuk mengikuti tutorialnya
Memory Game Maker versi 3.5 Program applikasi yang menjana Memori Game kegunaan secara offline. Klik untuk mengikuti tutorialnya







No comments: