-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Idea untuk aktiviti pembelajaran Praktikum

Idea untuk Praktikum: 1 |

Deklamasi sajak Bahasa Cina diiringi ketukan kayu Tik Tok

Pelajar PIMSP yang menjalani Praktikum Fasa 2 mencuba pelbagai idea dan alternatif untuk menghidupkan suasana pembelajaran demi membangkitkan minat murid untuk melibatkan diri secara aktif.

Yang berikut merupakan contoh aktiviti mendeklamasikan sajak dengan menggunakan kayu Tik Tok oleh seorang pelajar PIMSP Pendidikan Pemulihan semasa mengajar subjek elektifnya, Bahasa Cina untuk murid Tahun 2 di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan.




Snakes and Ladder

Pelajar PISMP Pendidikan Pemulihan pula menggunakan dadu dan permainan Snake & ladder untuk membangkitkan minat murid untuk bermain sambil belajar.


















Memancing Ikan

Murid-murid dikehendaki mengail kad suku kata yang disebut bagi menguji penguasaan kemahiran membatang suku kata.















Kad Imbasan pelbagai bentuk dan rupa




Lari berikat kaki ke stesen pemadanan suku kata, dengan gambar.

Pelajar Pendidikan PISMP Pendidikan Pemulihan Fasa 1 mengikat kaki murid-murid supaya mereka bergerak dalam kumpulan. Tugas di stesen 1 ialah memilih kad suku kata yang dapat disambung menjadi perkataan yang disebut oleh guru.

Mereka dikehendaki bergerak ke stesen 2 untuk memadankan dengan imej yang berkenaan.

Pada stesen terakhir, mereka perlu menyusun kad suku kata supaya menjadi perkataan yang menggambarkan imej yang diberikan.


No comments: