-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Pemikiran Komputasional

Klik untuk membaca:

 Senario Malaysia | Pemikiran Komputational : Pengenalan | Rasional | Konsep: Leraian | Algoritma |  |  | Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0




     Pemikiran Komputasional (CT) merupakan proses penyelesaian masalah yang memerlukan usaha memecahkan sesuatu masalah kepada komponen yang lebih kecil (Decompose), cuba mengekstrak idea ataupun maklumat yang penting dan relevan (Abstraction), mengenali corak (Pattern) yang membolehkan perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang kurang releven supaya meningkatkan keberkesanan proses penyelesaian masalah tersebut. Individu perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian mengikut turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan keboleh laksanaan prosedur tersebut (Evaluation).

     CT merupakan satu set konsep, aplikasi, perkakasan dan kemahiran sains komputer yang membantu manusia memahami tingkah laku manusia, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian serta mereka bentuk sistem (The National Academic Press, 2010).

      Jeannette Wing dari Carnegie Mellon Universtiy merupakan master mind yang memulakan pergerakan memperkenalkan pemikiran computasional pada tahun 2006. (The National Academic Press, 2010).

Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk mencapai laman web tersebut. Ia disediakan dalam bahasa Inggeris.


Klik untuk mencapai laman web:

Rujukan

Carnegie Mellon. Center for Computational Thinking. (2012). What is computational thinking? Akses pada 27 Mac 2016 daripada http://www.cs.cmu.edu/~CompThink/

The National Academic Press. (2010). What is computational thiniking? in Report of a workshop on the scope and nature of computational thinking. Akses pada 27 Mac 2016 daripada http://www.nap.edu/read/12840/chapter/3



Klik untuk membaca:


 Senario Malaysia | Pemikiran Komputational : Leraian | Algoritma |  |  | Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0

No comments: