-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Latihan Scratch

Klik untuk membaca:

 Senario Malaysia | Pemikiran Komputational : Pengenalan | Rasional | Konsep: Leraian | Algoritma |  |  | Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0


Pengenalan kepada Scratch



     Karen Brennan dan Mitch Resnick yang mengasaskan Scratch mendapat ilham daripada projek usahasama Massachusetts Institute of Technology (MIT) dengan Lego mendapat ilham daripada usaha Lego Mindstorms yang membolehkan pengguna mengaturcarakan robot mereka melalui perisian Lego Mindstorms EV3 yang tidak  memerlukan penggunaan kod dan memahami syntax pengaturcaraan. Pengguna hanya perlu menarik dan menyusun bricks yang dapat berfungsi membentuk blok kod pengaturcaraan bagi menetapkan Algorithm (satu set langkah-langkah yang mengarahkan mesin melaksanakan prosedur yang ditetapkan) bagi mematuhi arahan untuk menggerakkan dan memanipulasi robotnya mengikut tatacara yang ditetapkan. Mereka menggunakan blok pengaturcaaan (Blocks of programming, ataupun lebih dikenali sebagai Blocks) yang membenarkan pengguna menyusun blok-blok ini secara visual berasaskan logik matematik untuk menggerakkan Sprite mengikut reka bentuk tindakan yang diingini (Resnick, 2009). Usaha ini bertujuan memandu dan membimbing genarasi yang mudah memulakan pemikiran komputasional untuk membuat pengaturcaraan tanpa memerlukan penggunaan kod-kod pengaturcaraan.

     Scratch telah mengalami penambahbaikan dari segi reka bentuk dan teknologinya. Walau bagaimanapun, pendidik lebih gemar memperkenalkan Scratch Offline Editor versi 1.4 kepada murid-murid pada peringkat awal pendidikan bagi mengukuhkan konsep dan amalan yang asas sebelum maju ke versi 2.0.

Yang berikut merupakan Webinar berhubung pelancaran Scratch 2.0:




Klik untuk mencapai laman web:

Rujukan

Resnick, Mitch et al. (2009). Programming for all. Akses pada 30 April 2016 daripada http://web.media.mit.edu/~mres/papers/Scratch-CACM-final.pdf.



Klik untuk membaca:

 Senario Malaysia | Pemikiran Komputational : Pengenalan | Rasional | Konsep: Leraian | Algoritma |  |  | Contoh Aktiviti Unplug | Latihan Scratch : Pengenalan | Kurikulum | Latihan Asas: Scratch 1.4 | Scratch 2.0

No comments: