-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Jabatan Ilmu Pendidikan

Jabatan Ilmu Pendidikan merupakan sebuah jabatan yang melaksanakan kursus-kursus pembangunan profesionalisme yang merentasikan pelbagai jabatan dan disiplin ilmu. Kursus-kursus yang dikendalikan oleh jabatan ini bertujuan untuk melengkapkan peserta kursus dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme keguruan. Jabatan ini sentiasa komited dalam membangunkan modal insan di IPG Kampus Tun Hussein Onn dan di sekolah-sekolah dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).


Jabatan Ilmu Pendidikan bergambar bersama En. Hassan bin Pardi, Timbalan Pengarah IPGK Tun Hussein Onn pada 2 Feb 2017.

Objektif

Jabatan Ilmu Pendidikan berhasrat menjadi pemimpin pedagogi yang ulung berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Justeru, fokus utama Jabatan Ilmu Pendidikan pada tahun ini ialah kepada pembangunan sumber manusia (pendidik) yang mempunyai tahap profesionalisme keguruan yang tinggi, kemahiran pedagogi yang unggul serta memiliki pengetahuan kandungan yang mantap. Semua kursus dan aktiviti yang dirancang adalah menjurus kepada ketrampilan profesionalisme keguruan.
•  Memberikan kursus profesionalisme keguruan kepada para pensyarah dan pelajar-pelajar IPG Kampus Tun Hussein.
•  Memberi latihan dan kursus dalam perkhidmatan kepada guru-guru di sekolah.
•  Memberi khidmat bimbingan kepada semua pendidik yang yang terlibat dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah.


Piagam Pelanggan 

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan secara profesional dalam melaksanakan dasar pembangunan pendidikan IPTHO seperti berikut :
1. Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan perancangan.
2. Memberi input yang terkini dan berguna untuk melahirkan guru-guru yang
berpengetahuan dalam bidang masing-masing.
3. Menyediakan guru-guru yang patuh kepada etika profesional keguruan.

No comments: