-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

STEM - Pengenalan

Klik untuk membaca:


Pengenalan | Senario Malaysia | MyDigitalMaker Movement

(Sumber: Roanoke Valley (VA) Branch.
http://roanokevalley-va.aauw.net/community/stem-education/)
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Science, Technology, Engineering and Mathematics Education [STEM]) merupakan pendekatan pembelajaran kesemua subjek yang tersebut secara kolektif melalui pengabungjalinan serta mementingkan aspek amali (U.S. Dept. of Education, n.d., Hom, 2014).

Sistem Pendidikan Amerika Syarikat memperkenalkan pendidikan STEM bertujuan menanam kemahiran pemikiran komputasional dalam kalangan murid agar mereka dapat menggunakan pendekatan saintifik untuk menyelesaikan masalah autentik. Ia dilaksanakan dengan tujuan mendidik generasi muda supaya dapat menceburkan diri dalam bidang inovasi dan membentuk kemahiran dalam kerja yang berorientasikan kemahiran STEM. Menyedari prestasi PISA Amerika syarikat jatuh pada percentil di tengah, jauh lebih rendah daripada negara Asia seperti Singapura, Hong Kong, Korea dan lain-lain lagi, Kementerian Pendidikan Amerika Syarikat telah merancang dan melaksanakan pelan lima tahun bagi mengiatkan lagi pendidikan STEM ini (U.S. National Science and Technology Council, 2013).

Matlamat perancangan lima tahun ini adalah meningkatkan kualiti pendidikan STEM, melibatkan generasi muda dan masyarakat secara berterusan, memperbaiki pendidikan STEM pada peringkat tertiari dan program pengajian pasca sarjana yang berkemampuan menghasilkan tenaga manusia untuk bidang STEM pada masa yang akan datang.

Sistem Pendidikan K-12 menyediakan persekitaran pembelajaran kolaboratif yang membolehkan pelajarnya mengintegrasikan konsep dan kemahiran STEM dalam konteks dunia sebenarbagi mengasah kemahiran pemikiran kritis dan analitik. Usaha ini adalah ke arah membina dan mengukuhkan kemahiran STEM untuk pengajian, kerja dan amalan seharian (California Department of Education, 2016).

Pengenalan STEM pada peringkat sekolah rendah fokus kepada pengenalan kepada kursus STEM, kesedaran tentang bidang-bidang yang berkaitan dan peluang kerjayanya (Hom, 2014). Coz (n.d.) pula telah menggambarkan pendekatan pengajaran STEM melalui pendekatan Ikuiri mengikuti prosedur yang berikut:
  • Mengenalpasti masalah authentik dalam konteks kehidupan sebenar (mungkin pada peringkat tempatan ataupun global)
  • Bertanya soalan-soalan untuk eksplorasi lanjut yang mungkin mencetuskan idea bagi menangani masalah tersebut
  • Membentuk strategi dan prosedur penyelesaian masalah
  • Melaksanakan sesi amali bagi menguji kebolehgunaan strategi dan kaedah yang dirancang.
Pendidikan STEM pada peringkat sekondari dan tertiari pula bertujuan menyediakan bakal tenaga kerja dalam kerjaya yang melibatkan kemahiran STEM.


Selain daripada mendalami penguasaan sains dan matemarik dalam aplikasi konteks dunia sebenar, aktiviti seperti coding dan robotics merupakan platform yang dapat membangkitkan minat dan memfokuskan usaha pelajar pelbagai peringkat umur supaya mengaplikasikan kemahiran STEM untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Daripada perspektikf Malaysia, "Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM boleh menarik minat murid melalui aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan bermakna." (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016:1)

Rujukan

California Department of Education. (2016). Science, Technology, Engineering & Mathematics. Retrieved December 12, 2016 from http://www.cde.ca.gov/pd/ca/sc/stemintrod.asp

Coz, Janelle. (n.d.). STEM Education in the elementary classroom. Retrieved December 12, 2016 from http://www.teachhub.com/stem-education-elementary-classroom

Hom, Elaine J. (2014). What is STEM Education? Retrieved December 12, 2016 from http://www.livescience.com/43296-what-is-stem-education.html.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Panduan pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam pengajaran dan pembelajaran. Putrajaya: BPK, Kementerian Malaysia.

U.S. Department of Education. (n.d.). Science, Technology, Engineering and Maths: Education for global leadership. Retrieved December 12, 2016 from http://www.ed.gov/stem

U.S. National Science and Technology Council. (2013). Federal Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Education 5 years strategic plan: A report from the Committee of STEM Education National Science and Technology Council. Retreived December 12, 2016 from https://www.whitehouse.gov/sites/default/files/microsites/ostp/stem_stratplan_2013.pdf

Klik untuk membaca:

Pengenalan | Senario Malaysia | MyDigitalMaker Movement

No comments: