-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Idea untuk pedagogi: Flipped Classroom (versi Taiwan王政忠) - MAPS

Wang Zheng Zhong (王政忠) berpendapat bahawa Flipped Learning adalah menyedari bahawa berpusatkan pelajar dan menghasilkan pelajar terarah kendiri kerana pembelajaran seharusnya adalah tanggungjawab pelajar.  Beliau mengutamakan penggunaan peta minda (Mind Maps) bagi melatih pelajar untuk berfikir dan belajar.

Beliau menekankan peri pentingnya ialah kaedah pembelajaran yang kreatif, membantu pelajar menyedari kepentingan pembelajaran konsep dan kemahiran yang pragmatik dan bermakna supaya menghargai dan menghayati apa yang dipelajari dapat , mewujudkan hubungan dengan pelajar di USA menggunakan kaedah telesidang melalui Skype pada setiap minggu bagi membuka minda dan pandangan dunia mereka.

Yang berikut adalah penerangan konsep reka bentuk pembelajaran yang kreatif (dalam bahasa Cina):



TEDxTalks. (2014). 翻轉就是嘗試回到事物本身應該有的樣子 | 王政忠 | TEDxNCCUED. [Video file]. https://www.youtube.com/watch?v=q6mLywYFqPE

Prinsip membangkitkan dan mengekalkan minat dan motivasi pelajar untuk meneruskan usaha untuk belajar adalah seperti yang berikut:
  • P - Persistance (Ketabahan, ketekunan)
  • O - Originality (Penyelesaian yang asli dan kreatif)
  • W - Worth (Nilai)
  • E -  Enthusiasm (Keghairahan)
  • R - Responsibility (Bertanggungjawab)
Video yang berikut merupakan penerangan beliau tentang kaedah pelaksanan pembelajaran menggunakan peta minda:


王政忠. (2014). MAPS教學法50分鐘版 王政忠. [Video file]. https://www.youtube.com/watch?v=SWAUTlrW8To.


Sebelum Interaksi
Guru perlu memberikan tugasan persediaan sebelum sesi berinteraksi.

Induksi Set
Sesi pembelajaran bermula dengan pra-ujian yang menguji penguasaan bahan yang diberikan sebelum ini. Jika tersalah jawapannya, maka ia akan menjadi kerja rumah yang kemudian, dengan ini sekiranya pelajar membuat persediaan yang rapi, dapat menjawab dengan betul, maka bilangan tugasan rumah adalah amat sedikit.

Lepas itu dalam kuiz yang berikutnya, sekiranya seseorang pelajar dapat membantu pelajar lain menjawab dengan betul, markah adalah berlipat ganda markah yang diperolehi jika dia sendiri yang menjawab dengan betul.

Perkembangan proses pembelajaran
Sepanjang proses pengajaran, guru menggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif. Dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan untuk membimbing pelajar untuk belajar secara berfokus dalam proses peniskalaan (mengekstrak idea utama), seterusnya menggunakan peta minda untuk merumuskan idea utama dalam pembelajaran tersebut. (I see... apa yang dibaca, yang difahami)

Pelajar seharusnya membentangkan rumusan pembelajaran mereka, mereka bukan setakat menjawab soalan kefahaman, mereka juga akan mengaitkan penerangan tersebut dengan idea dan perasaan yang berkaitan dengan fahamannya. (I think, I feel...). Guru akan membimbing dan menggalakkan pelajar untuk  mengemukakan pandangan untuk membandingbezakan pendapat diri dengan pelajar lain,. Semasa sesi soal jawab, pelajar digalakkan untuk mengemukakan soalan untuk menjelaskan konsep dan kekeliruan dalam sesi soal jawab pula.

Matlamat Akhir
Pembelajaran ini bermulakan dengan peringkat 1 yang memerlukan guru membimbing pelajar menguasai kemahiran berfikir dan membiasakan diri membuat persediaan dengan kemahiran belajar.
Peringkat kedua menggalakkan pembelajaran kolaboratif yang memberikan mereka peluang melaksanakan bimbingan rakan sebaya.
Pada peringkat ketiga, pelajar yang telah menguasai kemahiran berfikir dan belajar akan belajar secara kendiri manakala yang lemah akan belajar secara kolaboratif.
Pada peringkat keempat, pelajar akan melaksanakan proses pembelajaran kendiri secara terarah.

No comments: