-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Ringkasan Maklumat Kursus - Teras - Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

jQuery UI Accordion - Default functionality Kurikulum || Ringkasan Maklumat Kursus: Asas PendidikanTeras |


RMK Berkuat kuasa Mulai Jun 2015 (Kemas kini November 2017) - PISMP Mulai Ambilan Jun 2015

VERSI BAHASA MELAYU

PKBK3023 Kemahiran Asas Untuk Berdikari

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 1 Tahun 1

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 22 jam
Tutorial: 23 jam
Peperiksaan akhir: 1.5 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dilengkapkan dengan konsep, teori dan kepentingan disamping dapat mempraktikkan aktiviti amali kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam komponen Kemahiran Asas Untuk Berdikari murid-murid masalah pembelajaran.

Sinopsis

Kursus ini memfokus kepada kemahiran asas untuk berdikari yang perlu diajar kepada murid masalah pembelajaran. Kursus ini merangkumi topik-topik yang berkaitan konsep kemahiran asas untuk berdikari, yang meliputi pengurusan rumah tangga, kemahiran memasak, kemahiran menjahit, kemahiran berkebun, kemahiran memelihara haiwan, kemahiran urus diri, keselamatan diri dan etika.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 70%
Peperiksaan Akhir : 30%

PKBK3043 Pendidikan Kesihatan Murid Masalah Pembelajaran

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 1

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 20 jam
Tutorial: 25 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya dapat melahirkan guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Pendidikan Kesihatan Pendidikan Rendah bagi murid masalah pembelajaran

Sinopsis

Kursus ini meliputi definisi, konsep asas dalam pendidikan kesihatan dan hubungan Falsafah Pendidikan Khas dengan Pendidikan Kesihatan murid masalah pembelajaran. Penekanan diberikan kepada pengetahuan mengenai makanan dan pemakanan, sukan dan rekreasi serta penyalahgunan bahan dalam membentuk gaya hidup sihat. Disamping itu kesihatan diri dan kesihatan emosi murid masalah pembelajaran juga turut diberi fokus.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PKBK3063 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Masalah Pembelajaran

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 1 Tahun 2

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk membantu murid pendidikan khas masalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran asas Bahasa Melayu.

Sinopsis

Kursus ini membincangkan definisi bahasa, teori pemerolehan bahasa dan masalah bahasa dalam kalangan murid-murid Masalah Pembelajaran. Strategi untuk menangani masalah kemahiran lisan, bacaan, tulisan, pengajaran tatabahasa asas dan komunikasi alternatif diberi penekanan. Pelajar juga didedahkan dengan kurikulum semasa, perancangan pengajaran dan pembelajaran, serta membincangkan kemahiran-kemahiran mikro dalam kaedah khas pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk murid-murid Masalah Pembelajaran.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PKBK3073 English Language Teaching Methodology for Pupils with Learning Difficulties (Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Murid Masalah Pembelajaran)

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 1 Tahun 2

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dan berupaya mempraktikkan pelbagai model pengurusan disiplin dan intervensi dalam menangani masalah tingkah laku di dalam bilik darjah.

Sinopsis

This course elaborates on the method of teaching and learning of English for pupils with learning difficulties. The understanding of language and the factors that affect language acquisition are discussed. Assessment, teaching techniques and skills for the 21st century are applied in the listening, speaking, reading and writing skills. Students are required to produce teaching aids and lesson plan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PKBK3083 Terapi Dalam Pendidikan Khas

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 2

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 15 jam
Tutorial: 30 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar yang mengikuti PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dilengkapkan dengan kemahiran asas Terapi Dalam Pendidikan Khas bagi tujuan pengajaran di sekolah kelak.

Sinopsis

Kursus ini membincangkan kepentingan terapi kepada kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas seperti terapi fisio, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi muzik dan nyanyian, terapi seni visual, terapi hidro, terapi pergerakan kreatif, terapi main dan terapi alternatif yang dijalankan secara teori serta amali.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PKBK3093 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Murid Masalah Pembelajaran

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 2

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat dilengkapkan dengan kemahiran pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains bagi tujuan pengajaran di sekolah kelak.

Sinopsis

Kursus ini membincangkan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran; tujuan pentaksiran; prinsip pentaksiran; jenis alat pentaksiran; merungkai standard dan penjajaran konstruktif; pentaksiran berasaskan sekolah; rekabentuk dan pembinaan ujian; penskoran dan penggredan; analisis item; pelaporan dan interpretasi serta isu-isu berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah rendah di Malaysia.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PKBK3123 Pemulihan Dalam Komuniti

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 3

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 22 jam
Tutorial: 23 jam
Peperiksaan akhir: 2.5 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar diberi maklumat tentang konsep kerja sosial dan peranan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) serta peluang melaksanakan projek kerja sosial dalam membina kemahiran berkolaboratif secara berkesan dengan pelbagai pihak.

Sinopsis

Kursus ini memfokus kepada konsep dan amalan kerja sosial di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Konsep dan amalan program pemulihan dalam komuniti di peringkat antarabangsa dan di Malaysia juga turut dibincangkan. Kursus ini juga mengkehendaki pelajar merancang dan melaksanakan projek kemasyarakatan di PDK menurut jangka masa yang ditetapkan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PKUK3033 Pengurusan Tingkah Laku

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 1

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat pengetahuan dan kemahiran dalam menangani tingkah laku murid berkeperluan khas.

Sinopsis

Kursus ini membincangkan tingkah laku murid dari aspek definisi, konsep, prinsip, tingkah laku mencabar, strategi pengurusan tingkah laku dan isu yang berkaitan dengannya. Pelajar dikehendaki merancang pelaksanaan program pengubahsuaian tingkah laku dalam kalangan murid berkeperluan khas.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PKUK3052 Seni dalam Pendidikan

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 1

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 15 jam
Tutorial: 0 jam
Amali: 30 jam
Peperiksaan akhir: 1.5 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengaplikasikan Seni dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bidang Pendidikan Khas di sekolah rendah. Komponen seni visual, muzik, dan pergerakan yang terkandung dalam kursus ini dapat membantu membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif, dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sesuai dengan keperluan murid sekolah rendah.

Sinopsis

Kursus ini memberi pendedahan mengenai pengenalan Seni dalam Pendidikan, kanakkanak, deria dan seni, pelaksanaan aktiviti mengenal irama, warna, dan ruang, pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan, pengendalian aktiviti meneroka, memperoleh pengalaman, dan ekspresi melalui seni serta aplikasi dan pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 70%
Peperiksaan Akhir : 30%

PKUK3013 Bahasa dan Komunikasi Kanak-kanak Berkeperluan

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 1 Tahun 1

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.5 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat maklumat tentang masalah bahasa dan komunikasi yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas. Kursus ini juga memberi pengetahuan tentang faktor-faktor yang menyebabkan masalah bahasa dan komunikasi supaya pelajar boleh mengaplikasi kemahiran dan mengadaptasinya dengan keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.

Sinopsis

Kursus ini menerangkan jenis-jenis masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Penekanan diberi kepada kepentingan meningkatkan kemahiran dalam komunikasi dan bahasa untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi dibincangkan. Beberapa pendekatan dan kaedah dalam penilaian dan intervensi bahasa difokuskan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 50%
Peperiksaan Akhir : 50%

PKUK3103 Intervensi Awal dan Khidmat Sokongan Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 3

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar didedahkan tentang program intervensi awal kanakkanak berkeperluan khas agar maklumat intervensi awal dan khidmat sokongan dapat disalurkan kepada ibu bapa dan masyarakat

Sinopsis

Kursus ini merangkumi pengetahuan asas tentang intervensi awal dan khidmat sokongan bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Penekanan diberi kepada komponen dan jenis intervensi yang sesuai mengikut kategori masalah yang dialami. Pelajar diberi peluang melaksanakan aktiviti intervensi awal dan khidmat sokongan melalui lawatan ke pusatpusat perkhidmatan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PKUK3113 Pentaksiran dalam Pendidikan Khas

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 3

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.5 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat dibekalkan dengan kaedah-kaedah pentaksiran yang bersesuian dengan murid berkeperluan khas dan perancangan serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan mengikut tahap keupayaan murid.

Sinopsis

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar berkaitan penggunaan dan pelaksanaan pentaksiran dalam bidang pendidikan khas. Pelajar-pelajar akan diajar membina pelbagai jenis instrumen yang membolehkan mereka mengumpul maklumat dalam pelbagai bidang yang penting untuk tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid yang diajar. Dengan maklumat yang dikumpul, pelajar dapat mengenal pasti objektif-objektif pengajaran dan menjalankan pengajaran dengan lebih berfokus dan berkesan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PKUK3132 Pendidikan Kesihatan Murid Masalah Pembelajaran

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 3

Jumlah Kredit

2

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 18 jam
Tutorial: 12 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat kefahaman mengenai konsep dan pelaksanaan pendidikan inklusif dalam bidang TERAS di Malaysia.

Sinopsis

Kursus ini merangkumi sejarah, matlamat, dasar; pendekatan dan pelaksanaan pendidikan inklusif; dan peranan pihak berkepentingan dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Kursus ini juga menekankan tentang konsep dan pelaksanaan pedagogi inklusif; dan membincangkan faktor kritikal kejayaan dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PKUK3143 Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 3

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 1.5 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat diberi pendedahan tentang asas penyelidikan serta kemahiran merancang dan menghasilkan kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan. Seterusnya, menjadi satu amalan dan sebahagian daripada tanggung jawab mereka sebagai seorang pendidik.

Sinopsis

Kursus ini memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang asas penyelidikan dalam pendidikan. Dalam kursus ini, pelajar dapat menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan dan membincangkan proses penyelidikan dalam pendidikan. Di samping itu, melalui kursus ini juga, pelajar dapat mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperolehi melalui penghasilan satu kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 70%
Peperiksaan Akhir : 30%

PKUK3152 Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran Digital

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 1

Jumlah Kredit

2

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 7 jam
Tutorial: 21 jam
Peperiksaan akhir: 0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menghasilkan inovasi berbentuk digital dalam pengajaran dan pembelajaran bagi bidang Pendidikan Khas dengan menggunakan alat-alat digital yang sesuai.

Sinopsis

Melalui kursus ini, pelajar mampu menjelaskan konsep dan proses inovasi; menjana idea dalam menghasilkan projek inovasi; menyedia, membangun dan melaksanakan projek inovasi untuk pengajaran dan pembelajaran; melaksanakan promosi dan pemasaran inovasi serta menilai projek inovasi.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 100%
Peperiksaan Akhir : 0%

PKUK3163 Pengurusan dan Pentadbiran Dalam Pendidikan Khas

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 4

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pengetahuan dan kemahiran diberi kepada pelajar tentang pengurusan dan pentadbiran dalam pelbagai program pendidikan khas.

Sinopsis

Kursus ini membincangkan mengenai pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas dari aspek program-program pendidikan khas, pentadbiran pendidikan khas di sekolah, pengurusan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah termasuk isu, cabaran dan hala tuju dalam pendidikan khas.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PKUK3173 Penyelidikan Dalam Pendidikan – Kertas Projek

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 4

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 0 jam
Tutorial: 0 jam
Amali: 40 jam
Peperiksaan akhir: 0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar melalui pengalaman sebenar melaksanakan penyelidikan pendidikan sebagai persediaan mereka ke arah menjadikan penyelidikan pendidikan sebagai satu amalan dan sebahagian daripada tanggungjawab pendidik di sekolah.

Sinopsis

Kursus ini memberi kemahiran penyelidikan yang melibatkan pelaksanaan penyelidikan, penulisan laporan, penganjuran seminar, pembentangan kertas penyelidikan, dan menghasilkan artikel penyelidikan dalam pendidikan di institusi pendidikan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 100%
Peperiksaan Akhir : 0%

No comments: