-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Ringkasan Maklumat Kursus - Teras - PPAK (Pendidikan Awal Kanak-kanak)

jQuery UI Accordion - Default functionality Kurikulum || Ringkasan Maklumat Kursus: Asas PendidikanTeras |


RMK Berkuat kuasa Mulai Jun 2015 (Kemas kini November 2017) - PISMP Mulai Ambilan Jun 2015
PPAK | PKBK

VERSI BAHASA MELAYU

PAKK3013 Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 1 Tahun 1

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat pengetahuan dan kemahiran asas tentang pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi konsep perkembangan dan pertumbuhan kanak- kanak bersesuaian dengan dasar program pendidikan awal kanak-kanak.

Sinopsis

Kursus ini meliputi pengenalan kepada asas pendidikan awal kanak-kanak, dasar, trenda, dan isuisu yang berkaitanpendidikan awal kanak-kanak, mengenal pasti konsep pertumbuhan, perkembangan dan potensi kanak-kanak mengikut domain-domain pembelajaran.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PAKK3023 Pengajian Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 1 Tahun 1

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menjadi guru Pendidikan Awal Kanak-kanak yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang kurikulum pendidikan awal kanakkanak dan dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Sinopsis

Kursus ini memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kandungan kurikulum dan bidang pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Kursus ini juga menekankan aplikasi modul-modul pembelajaran,perkaitan model-model program pendidikan awal kanak-kanak di luar negara dengan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dan faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PAKK3033 Perkembangan Fizikal, Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 1

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 25 jam
Tutorial: 20 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengenal pasti perkembangan fizikal, pemakanan, kesihatan dan keselamatan kanak-kanak serta berupaya merancang dan melaksanakan aktiviti perkembangan fizikal, pemakanan, kesihatan dan keselamatan kanakkanak berdasarkan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

Sinopsis

Kursus ini membincangkan konsep perkembangan fizikal kanak-kanak yang merangkumi perkembangan motor halus dan motor kasar serta perancangan dan pelaksanaan aktiviti perkembangan fizikal, kesihatan, keselamatan dan pemakanan di Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kursus ini juga membincangkan penyakit dan pendidikan seksualiti pada peringkat awal kanak-kanak.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 50%
Peperiksaan Akhir : 50%

PAKK3043 Pembelajaran Bahasa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 1

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengetahui pendidikan awal kanak-kanak tentang teori, model, pendekatan literasi awal serta kaedah pembelajaran bahasa dengan mengambil kira prinsip pendidikan awal kanak-kanak.

Sinopsis

Kursus ini meliputi asas pembelajaran bahasa kanak-kanak yang merangkumi teori dan faktor-faktor perkembangan bahasa kanak-kanak. Kursus ini juga menjelaskan tentang kemahiran-kemahiran dalam pembelajaran bahasa seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Aspek pemilihan buku yang sesuai untuk kanak-kanak juga dibincangkan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 40%
Peperiksaan Akhir : 60%

PAKK3052 Seni dalam Pendidikan

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 1

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 15 jam
Amali: 30 jam
Peperiksaan akhir: 1.5 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengaplikasikan Seni dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran PAKK di sekolah rendah. Komponen seni visual, muzik, dan pergerakan yang terkandung dalam kursus ini dapat membantu membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif, dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sesuai dengan keperluan murid sekolah rendah.

Sinopsis

Kursus ini memberi pendedahan mengenai pengenalan Seni dalam Pendidikan, kanakkanak, deria dan seni, pelaksanaan aktiviti mengenal irama, warna, dan ruang, pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan, pengendalian aktiviti meneroka, memperoleh pengalaman, dan ekspresi melalui seni serta aplikasi dan pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 70%
Peperiksaan Akhir : 30%

PAKK3063 Pengurusan Asuhan Kanak-Kanak

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 1 Tahun 2

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat pengetahuan dan kemahiran asas tentang pengurusan dalam pengasuhan kanak-kanak bagi menyediakan guru pendidikan awal kanakkanak yang menjiwai keperluan kanak-kanak.

Sinopsis

Kursus ini memberi fokus kepada pelaksanaan amalan asuhan dalam kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak semasa merancang pemakanan seimbang, aspek keselamatan, penjagaan latihan urus diri dan pengurusan tingkah laku yang selari dengan prosedur operasi standard (SOP) mengikut Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 40%
Peperiksaan Akhir : 60%

PAKK3073 Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 1 Tahun 2

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 1.5 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya dapat melahirkan guru pendidikan awal kanak-kanak yang berkemahiran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk merealisasikan pengajaran yang menyeronokkan sesuai dengan kehendak semasa.

Sinopsis

Kursus ini memberi fokus tentang pendekatan, strategi serta teknik pengajaran, merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kursus ini juga memberi penekanan kepada pelaksanaan aktivi simulasi pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak, membuat refleksi pengajaran serta melibatkan program Pengalaman Berasaskan Sekolah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 70%
Peperiksaan Akhir : 30%

PPAK3083 Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 4

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 26 jam
Tutorial: 19 jam
Peperiksaan akhir: 2.5 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat memahami asas kepemimpinan dan pembangunan diri secara profesional serta berkeupayaan menampilkan ciri-ciri kepemimpinan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sinopsis

Kursus ini membincangkan konsep mengajar sebagai satu profesion; cabaran semasa dalam sistem pendidikan; perundangan berkaitan guru dan pendidikan; kualiti guru; peringkat perkembangan guru, pembangunan kemahiran profesional guru, kepemimpinan guru; struktur organisasi pendidikan; dan inovasi dan perubahan pendidikan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 50%
Peperiksaan Akhir : 50%

PPAK3093 Matematik dan Sains Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 2

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat meningkatkan kompetensi kanak-kanak dalam matematik dan sains serta boleh membimbing kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan kritis, meneroka, mengkaji dan menyelesaikan masalah dalam usaha kanak-kanak mengenali dan memahami dunia sekeliling mereka selaras dengan hasrat pembentukan insan yang progresif dan maju berlandaskan sains, matematik dan teknologi.

Sinopsis

Kursus ini membincangkan pembentukan pemikiran saintifik dan matematik dalam kalangan kanak-kanak berdasarkan inkuiri dan penyelesaian masalah. Kursus ini menekankan pembelajaran aktif oleh kanak-kanak melalui berfikir secara kreatif dan kritis, meneroka, menyiasat dan menyelesaikan masalah dalam usaha mereka mengenali dan memahami dunia sekeliling. Selanjutnya kursus ini berbincang bagaimana menanam sikap positif dalam kalangan kanak-kanak terhadap matematik dan sains.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PAKK3103 Pengesanan dan IntervensiKanak-kanak Berkeperluan Khas

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 3

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menjadi guru Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dalam mengurus kanak-kanak berkeperluan khas yang terdapat dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Sinopsis

Kursus ini membincangkan tentang pengenalan pendidikan khas dalam pendidikan awal kanak-kanak, pengesanan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas dan perbezaan individu kanak-kanak berkeperluan khas. Kursus ini juga turut membincangkan tentang kategori kanak-kanak berkeperluan khas, tanggungjawab guru dan juga Rancangan Pengajaran Individu (RPI) serta aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PAKK3113 Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 3

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya dapat melahirkan guru Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan dalam menguruskan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.

Sinopsis

Kursus ini memberi fokus kepada pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus pusat pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi aspek perancangan, pentadbiran dan pengurusan. Kursus ini juga memberi penekanan dalam aspek mengurus organisasi, rekod, sumber pengajaran dan pembelajaran, pengurusan pemakanan dan membincangkan program penglibatan keluarga dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PAKK3123 Pengurusan Kemajuan Perkembangan Kanak-kanak

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 3

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menjadi guru pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam mengendali dan mengurus kemajuan perkembangan anak-kanak.

Synopsis

Kursus ini meliputi konsep, objektif, prinsip-prinsip dan kepentingan pentaksiran dan penilaian dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pendedahan pelajar kepada pelbagai kaedah dan teknologi dalam pengurusan pentaksiran dan penilaian untuk mengesan kemajuan perkembangan kanak-kanak melalui pengumpulan data berdasarkan pemerhatian, penganalisisan data, pelaporan dan cara membuat tindakan susulan dititikberatkan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PAKK3133 Pendidikan Inklusif

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 4

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 18 jam
Tutorial: 12 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat kefahaman mengenai konsep dan pelaksanaan pendidikan inklusif dalam bidang TERAS di Malaysia.

Sinopsis

Kursus ini merangkumi sejarah, matlamat, dasar; pendekatan dan pelaksanaan pendidikan inklusif; dan peranan pihak berkepentingan dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Kursus ini juga menekankan tentang konsep dan pelaksanaan pedagogi inklusif; dan membincangkan faktor kritikal kejayaan dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PAKK3143 Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 3

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 1.5 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat diberi pendedahan tentang asas penyelidikan serta kemahiran merancang dan menghasilkan kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan. Seterusnya, menjadi satu amalan dan sebahagian daripada tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik.

Sinopsis

Kursus ini memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang asas penyelidikan dalam pendidikan. Dalam kursus ini, pelajar dapat menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan dan membincangkan proses penyelidikan dalam pendidikan. Di samping itu, melalui kursus ini juga, pelajar dapat mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperolehi melalui penghasilan satu kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 70%
Peperiksaan Akhir : 30%

PAKK3152 Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 2

Jumlah Kredit

2

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 10 jam
Tutorial: 13 jam
Peperiksaan akhir: 0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menghasilkan inovasi berbentuk digital dalam pengajaran dan pembelajaran bagi bidang PAKK dengan menggunakan alat-alat digital yang sesuai.

Sinopsis

Melalui kursus ini, pelajar mampu menjelaskan konsep dan proses inovasi; menjana idea dalam menghasilkan projek inovasi; menyedia, membangun dan melaksanakan projek inovasi untuk pengajaran dan pembelajaran; melaksanakan promosi dan pemasaran inovasi serta menilai projek inovasi.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 100%
Peperiksaan Akhir : 0%

PAKK3163 Guru dan Komuniti

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 4

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 30 jam
Tutorial: 15 jam
Peperiksaan akhir: 2.0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menjadi guru pendidikan awal kanak-kanak yang profesional dalam mempraktikkan pengetahuan dan pemahaman terhadap kualiti guru dan program penglibatan komuniti.

Sinopsis

Kursus ini meliputi kualiti pendidik awal kanak-kanak yang merangkumi etika guru, kecekapan dalam pengurusan bagi membentuk perwatakan guru yang mengikut standard guru yang ditetapkan. Pelajar juga didedahkan dengan peranan ibu bapa dan komuniti dalam membentuk tingkah laku kanak-kanak melalui hubungan guru dan keluarga kanak-kanak.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 60%
Peperiksaan Akhir : 40%

PAKK3173 Penyelidikan Dalam Pendidikan – Kertas Projek

Semester dan tahun ditawarkan

Semester 2 Tahun 4

Jumlah Kredit

3

Jumlah Jam Pembelajaran (Bersemuka)

Kuliah: 0 jam
Tutorial: 0 jam
Amali: 40 jam
Peperiksaan akhir: 0 jam

Rasional Kursus/Modul dalam Program

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar melalui pengalaman sebenar melaksanakan penyelidikan pendidikan sebagai persediaan mereka ke arah menjadikan penyelidikan pendidikan sebagai satu amalan dan sebahagian daripada tanggungjawab pendidik di sekolah.

Sinopsis

Kursus ini memberi kemahiran penyelidikan yang melibatkan pelaksanaan penyelidikan, penulisan laporan, pembentangan kertas penyelidikan, dan menghasilkan artikel penyelidikan dalam pendidikan di institusi pendidikan.

Kaedah dan Jenis Pentaksiran

Kerja Kursus : 100%
Peperiksaan Akhir : 0%

No comments: