-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Dr. Maskiah Masrom

Dr Hjh Maskiah Bt Hj Masrom, Pensyarah Kanan daripada IPGK Temenggong Ibrahim merupakan penceramah Bengkel Didik Hibur - Kamishibai.

Atas inisiatif beliau untuk mendalami ilmu pementasan Kamishibai, beliau bersama 15 orang pensyarah, guru sekolah, Pengarah IPGKTI serta IPGKTAR telah mengunjungi Jepun untuk berguru dengan Cik Mihashi Tora, Pelakon Kamishibai pada 16-22 Mac 2016.


Sekembali ke Malaysia, beliau telah menyampaikan ilmu teknik bercerita melalui Kamishibai ini kepada 456 orang pegawai pembimbing pakar Bahasa Melayu (SISC + BM) di seluruh Malaysia, 300 orang Jurulatih Utama Bahasa Malaysia, 100 orang pensyarah IPG dan guru KEMAS serta pelajar di IPG. 


Beliau telah melakukan inovasi kepada butai Kamishibai dengan menghasilkan pendrakad (Pentas Drama Kad), iaitu versi butai tanpa tingkapnya. Beliau telah menganjurkan Pertandingan Bercerita Pendrakad Peringkat Kebangsaan pada 22 Ogos 2016.


Beliau menggalakkan para peserta agar meneruskan inovasi bagi memperbaiki lagi pendrakad yang dapat memenuhi keperluan masing-masing.


 
Contoh buku cerita (Set kad) Kamishibai
 
 

Klik untuk membaca:

No comments: