-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Petua Teknik Persembahan Kamishibai


En. Noma dan Cik Mihashi Tora telah memberikan beberapa petua penyediaan dan persembahan Kamishibai supaya para peserta dapat menyampaikan drama kertas ini secara berkesan.






Penyediaan Kad-kad gambar (cerita)
  1. Fokus dan menonojolkan watak utama.
  2. Gunakan garisan  (outline) yang tebal, pastikan saiz watak utama ataupun objek itu cukup besar.
  3. Abaikan latar belakang.
  4. Sediakan margin keliling kad kertas lukisan bagi memastikan lukisan tidak terlindung oleh bingkai butai ataupun pendrakad.
  5. Elakkan daripada melukis objek yang tindan tindih.
  6. Gunakan warna yang menarik, dan yang menonjolkan emosi, tidak semestinya warna objek yang sebenar.
  7. Cuba menguji kejelasan persembahan visual daripada jarak jauh bagi memastikan mesej visual dapat disampaikan secara berkesan.








Teknik persembahan yang berkesan:
  1. Cerita itu mudah,  ada elemen "suspend", "climax", "thrill" dan "happy ending".
  2. Setiap slaid (kad gambar) memperlihatkan kesinambungan idea dan jalan cerita.
  3. Gunakan teknik pendedahan secara berperingkat-peringkat bagi mewujudkan elemen "suspend".
  4. Menggunakan intonasi, vokal, kesan bunyi bagi menghidupkan penyampaian cerita.
  5. Melibatkan pendengar/penonton dalam wacana semasa pementasan drama kertas.
  6. Minimakan pergerakan tubuh badan yang berlebihan bagi memastikan peserta menumpukan perhatian kepada kad gambar dan bukannya kepada pelakon/pencerita.


Klik untuk membaca:

No comments: