-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Perhimpunan Bulanan Jun 2017 - Persediaan

Pelbagai persediaan telah dilakukan seperti mengadakan Mesyuarat Khas untuk tujuan perancangan dan persediaan sebanyak dua kali pada 4 Mei 2017 dan 11 Jun 2017.

Setiap Jawatankuasa Kerja bergerak untuk menyempurnakan tugas yang diagihkan (sila rujuk Senarai nama jawatankuasa kecil yang dilampirkan dalam buku aturcara). Kali ini, Jabatan Ilmu Pendidikan menitik beratkan aspek melatih pelajar untuk mengendalikan pelbagai urusan pengelolaan perhimpunan bulanan, termasuk penyediaan buku aturcara program, protokol pengendalian majllis, fotografi, persediaan tempat, penyediaan cenderhati untuk pensyarah dan staf sokongan dan sebagainya
Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Rosli bin Mohamad yang menyumbangkan telur untuk tujuan penyediaan telur pindang, Pn. Nor Aziza binti Anur yang sanggup menyumbang tenaga untuk memasak telur pindang, Pn. Hjh. Normah binti Daut yang menyediakan buah kurma, serta Pn. Hjh. Haslina binti Muhammad yang menguruskan perolehan segala keperluan. Pensyarah-pensyarah jabatan lain serta pelajar turut serta dalam penyediaan cenderahati untuk perhimpunan tersebut.






Klik untuk bacaan lanjut:

No comments: