-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Frog VLE

Klik untuk membaca:

  Pengenalan | Telefon Altitude: Teacher . Student | Kursus Forg VLE | Photo Stream | Trouble Shooting



Frog Virtual Learning Environment (Frog VLE) merupakan usahasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Frog Asia dan YTL untuk membawa transformasi pendidikan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran tanpa batasan fizikal. Ia bertujuan merealisasikan konsep pembelajaran berterusan yang boleh berlaku di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

     Keistimewaan VLE ini ialah ia membolehkan guru mewujudkan site pembelajaran yang boleh digunakan untuk membina Site Pembelajaran tanpa keperluan menguasai kemahiran pengaturcaraan. Ia juga membolehkan ibu bapa menziarahi VLE bagi memainkan peranan memantau pembelajaran anak-anak mereka.

     Mulai tahun 2012,  Projek Frog VLE dilaksanakan di10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia secara berperingkat-peringkat. Ketika VLE baru dilancarkan, ia merupakan intranet yang hanya boleh dikunjungi oleh pengguna yang berdaftar. Pengguna daripada Sekolah A tidak dapat melihat site di Sekolah B. Walau bagaimanapun, guru daripada sekolah boleh hantar site yang dibina kepada Repository KPM. Site tersebut akan dapat dikongsi oleh semua guru melalui Frog Store, mengimport dan seterusnya mengedit sehingga ia boleh selarasi dengan acuan VLE masing-masing.

     Mulai tahun 2015, VLE telah ditambah fitur "Public on the Web" di mana site pembelajara boleh dipaparkan dalam Internet untuk bacaan umum, walau bagaimanapun, hanya pengguna yang berdaftar sahaja dapat respons kepada aktiviti pembelajaran yang disediakan pada web tersebut.

Klik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:



Klik untuk membaca:

  Pengenalan | Telefon Altitude: Teacher . Student | Kursus Forg VLE | Photo Stream | Trouble Shooting


No comments: