-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Sunday 31 January 2016

Jamuan Persaraan Pn. Hjh. Norasikin bt. Ismail

Pada hari ini, 31 Jan 2016 (Ahad), Pn. Hjh. Norasikin bt. Ismail memilih bersara empat bulan lebih awal daripada tarikh persaraan wajib yang sebenar. Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan jamuan perpisahan bagi meraikan beliau di Hotel Katerina pada waktu tengah hari.



Pada pukul 4.00 petang pula, semua staf Jabatan Ilmu Pendidikan, wakil pengurusan dan wakil setiap Jabatan dan Unit bertemu dengan beliau sebelum menghantar beliau untuk "sign off" pada tarikh terakhir di IPGKTHO.




Pelajar berbaris di sepanjang koridor mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada beliau sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan beliau di institut sebagai seorang pendidikan yang berdedikasi.

Selamat bersara, Pn. Hjh. Norasikin! Semoga Puan Hjh dilimpahi rahmat dan rezeki yang tidak terkira banyaknya. Kami doakan agar Puan dan keluarga sihat walafiat serta bahagia untuk selama-lamanya!

Klik untuk membaca:

Pengenalan | Majlis Perpisahan Bersama Pelajar | Jamuan Perpisahan | Majlis Persaraan Rasmi

No comments: