-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Tuesday 17 May 2016

Taklimat Rekod Kehadiran Pelajar KDPM KDC Peringkat 5 - iTEMS

      Pada 17 Mei 2016, Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengambil inisiatif untuk menjemput En. Sukiman bin Saad, Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian dan penolong beliau, En. Md Nor Hassan untuk memberikan taklimat mengisi rekod kehadiran untuk pelajar KDPM KDC peringkat 5 melalui sistem iTEMS. Sistem ini membolehkan maklumat kehadiran disimpan dalam pangkalan data iTEMS dan membolehkan capaian maklumat dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

     Sistem ini akan dilaksanakan pada Program sepenuh masa juga mulai semester Jun-Nov 2016 nanti.
Pn. Saedah binti Sukiran, Penyelaras Peperiksaan dan Penilaian peringkat Jabatan Ilmu Pendidikan memperkenalkan penceramah.


En. Sukiman bin Saad memperkenalkan fitur Rekod Kehadiran Pelajar dalam sistem iTEMS. 


En. Mod Nor Hassan (Kiri) menunjukcara penggunaan Rekod Kehadiran Pelajar sistem iTEMS.


Dengan usaha dan inisiatif ini, mudah-mudahan pensyarah-pensyarah jabatan telah bersedia dan menjadi lebih cekap dan efektif semasa melaksanakan dasar rekod kehadiran pelajar secara online pada semester hadapan.



No comments: