-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Saturday 2 April 2016

Persidangan Kebangsaan Autisme 2016 (PEKA 2016)

     Pada 1-3 April 2016, Persidangan Kebangsaan Autisme 2016 (PEKA 2016) berlangsung
 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).   Ia merupakan suatu inisiatif bersama di antara UTHM dengan kerjasama Persatuan Autisme Muslim Malaysia (Autisme Malaysia) dan disokong oleh National Autism Society of Malaysia (NASOM). Program ini adalah untuk menyediakan suatu platform perkongsian ilmu, perbincangan dan pendidikan berterusan. 


(Dari kiri: En. Rosman bin Salubin, En. Mohd Azhar bin Ab Rahman, Pn. Siti Saleha bt Samsuri, Pn. Hjh. Normah bt Mat Daut dan Pn. Rozita bt. Rahmat.)


     Enam orang orang pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, iaitu En. Rosman bin Salubin, En. Mohd Azhar bin Ab Rahman, Pn. Siti Saleha bt Samsuri, Pn. Hjh. Normah bt Mat Daut,  Pn. Rozita bt. Rahmat dan Pn. Hjh. Fadhilah bt Aspar serta dua orang pelajar PISMP Pendidikan Khas telah menyertai Persidangan ini.


     Bacaan lanjut berhubung PEKA 2016, sila klik SINI.

No comments: