-->

Image Slider 2

Peneraju Pedagogi.
Bidang Pengajian Profesional
Bidang Pendidikan Khas dan Pemulihan
Bidang Prasekolah
Bidang Teknologi Pendidikan
Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

Berita Terkini

Post Comment

Salam sejahtera 1 Malaysia!

Sila klik pada tajuk post untuk memaparkan post pada halaman yang baru.
Ruang untuk kemukakan komen (comment) akan terpapar pada bahagian di bawah post tersebut.

Klik tab "Utama" untuk kembali ke halaman utama.


Thursday, 30 March 2017

Pertandingan Petanque dan Badminton Sepmena Hari IPGKTHO

Sempena sambutan Hari IPGKTHO, pelbagai pertandingan antara warga IPGKTHO diadakan, di antaranya:
  • Pertandingan Badminton - 29-30.3.2017 (Rabu - Khamis)
  • Pertandingan Petanque - 30.3.2017 (Khamis)
  • Pertandingan Futsal - 1.4.2017 (Sabtu)

Pensyarah-pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan telah menyertai Pertandingan Petanque dan Badminton.

   
Setakat ini Cik Hamdiah binti Jalaini yang menyertai Pasukan Bergu Badminton kategori Wanita telah menyandang tempat ketiga. Jabatan Ilmu Pendidikan mempunyai dua pasukan yang menyertai Pertandingan Petanque.  Pasukan Petanque kumpulan En. Mohd Rosman bin Salubin berjaya masuk peringkat suku akhir.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta!

Thursday, 23 March 2017

Classroom Management Workshop

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, shoes and outdoor

Pada 20-21 Mac 2017 (Isnin-Selasa), Cik Sumitra Kan telah menghadiri Classroom Management Workshop anjuran bersama Share Star Malaysia dengan Bubble Dragon MS di SM Foon Yew, Tmn. Stulang Laut, Johor Baru.

Penceramahnya En. Li CongJian merupakan pendidik Republik China (Taiwan) yang terkenal dengan kaunseling individu khususnya aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar serta kaunseling keluarga. Beliau telah menyampaikan teknik berbual dengan klien berdasarkan Model Aisberg Satir.

Thursday, 16 March 2017

Latihan TOT Rakan Elit Program Transformasi Sekolah KPM 2017

Pada 6-11 Mac 2017, Dr. Siti Saleha binti Samsuri telah menghadiri Latihan TOT Rakan Elit Transformasi Sekolah KPM 2017 di Enstek.
Image may contain: one or more people, people on stage and indoor No automatic alt text available. Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and indoor

Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau atas keupayaan dan kredibiliti beliau dalam bidang kejurulatihan yang memacukan transformasi pendidikan!