-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Idea untuk Pedagogi: Flipped Learning

Klik untuk bacaan lanjut:

Laman Web Berunsur Pendidikan || Pedagogi: Flipped Classroom | Flipped Classroom (versi Taiwan学思达) || Media Pengajaran: Matematik |

Idea untuk: Seni Visual |


Flipped Classroom ataupun Flipped Learning merupakan pendekatan yang membawa perubahan pedagogi dalam pendidikan di mana guru berfokus kepada aktiviti pembelajaran secara dinamik, dan interaktif di dalam bilik darjah manakala pelajarnya akan membuat persediaan melalui membaca nota, menonton video dan sebagainya yang disediakan oleh guru sebagai input secara langsung ketika berada di rumah masing-masing (FlippedLearning.org, 2014).

(sumber: https://www.flickr.com/photos/ajc1/8615353879)


(sumber:Amrstrong, 2016)
Barbara Walvoord dan Virginia Johnson Anderson telah memperkenalkan konsep Flipped Classroom untuk mendedahkan pelajar kepada bahan pembelajaran baru seperti rakaman video untuk kuliah dsb. di luar daripada konteks bilik darjah, semasa interaksi bersemuka pula berfokus kepada aktiviti yang melibatkan kemahiran yang lebih kompleks seperti penyelesaian masalah, perbincangan ataupun perbahasan (Brame, 2013).

Ini bermakna pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif yang lebih rendah seperti mengingati, memahami untuk mengkaji bahan pembelajaran terlebih dahulu, kemudia baru gunakan kemahiran berfikir yang lebih tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta ketika melakukan aktiviti pembelajaran interaktif dalam bilik darjah (Brame, 2013).

Anda boleh menonton video-video yang memberikan gambaran tentang pedagogi ini:

MediaCore. (2012). Flipping the classroom: Explained. https://www.youtube.com/watch?v=iQWvc6qhTds PBS NewsHours. (2013). What a flip classroom looks like. https://www.youtube.com/watch?v=G_p63W_2F_4
Edutopia. (2014). The flipped classroom: Overcome the common hurdles. https://www.youtube.com/watch?v=bwvXFlLQClU Edutopia. (2014). The flipped class: What tech tool is right for you?. https://www.youtube.com/watch?v=G_p63W_2F_4


Klik untuk bacaan lanjut:



Rujukan

Armstong, P. (2016). Bloom's taxonomy. Retrieved Dec 20, 2016 from https://cft.vanderbilt.edu/guides-sub-pages/blooms-taxonomy/

Brame, C. (2013). Flipping the classroom. Vanderbilt University Center for Teaching. Retrieved Dec 20, 2016 from http://cft.vanderbilt.edu/guides-sub-pages/flipping-the-classroom/

Edutopia. (2014). The flipped classroom: Overcome the common hurdles. [Video file]. Retrieved Dec 20, 2016 from https://www.youtube.com/watch?v=bwvXFlLQClU

Educause. (2012). 7 things you should know about... Flipped Classroom. Retrieved Dec 20, 2012 from https://net.educause.edu/ir/library/pdf/eli7081.pdf

FlippedLearning.org. (2014). Definition of Flipped Learning. Retrieved Dec 20, 2016 from http://flippedlearning.org/definition-of-flipped-learning/

MediaCore. (2012). Flipping the classroom: Explained.[Video file]. Retrieved Dec 20, 2016 from https://www.youtube.com/watch?v=iQWvc6qhTds

PBS NewsHours. (2013). What a flip classroom looks like. Retrieved Dec 20, 2012 from https://www.youtube.com/watch?v=G_p63W_2F_4

No comments: