-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Microsoft Excel Spreadsheet - Penyimpanan dan Perkongsian Maklumat via OneDrive Vs Google Drive

          Apabila anda menyimpan lembaran kerja (Excel spreadsheet) dalam Microsoft OneDrive, anda akan dapati bahawa tidak kira anda "view", "share" ataupun "embed" lembaran kerja tersebut , walaupun anda telah "Protect worksheet" dengan "locked" cell-cell tertentu, namun setiba di OneDrive, ia telah menjadi "Unprotected".
  
         Anda dapati sudah boleh "select" cell dan menaip ke dalam cell-cell yang anda sepatutnya telah "locked" untuk tujuan mengelakkan pengguna mengubah maklumat dan formula yang terkandung dalam cell tersebut. Walau bagaimanapun anda masih boleh gunakan pilihan "Do not save" data yang telah dimasukkkan kemudian oleh pengguna supaya ia tidak mengganggu isi kandungan yang asal. Formatting juga mungkin berubah, seperti nilai warna dan paparan visual bertukar mengikut versi Excel yang aktif pada ketika itu.



          Di samping itu, terdapat sesetengah formula tidak berfungsi kerana settings komputer anda mungkin tidak sama dengan settings OneDrive. Misalnya, untuk penulisan formula, syntax untuk komputer anda mungkin menggunakan " , " manakala yang lain mungkin menggunakan " ; " pula.

Contoh: 
=DATEDIF(A1,A2,"d")  ataupun =DATEDIF(A1;A2;"d")

          Jika anda muat naik protected Excel spreadsheet ke Google Drive tanpa menukarkannya kepada format Google, ia kekal "protected". Tetapi paparannya mungkin tidak menepati keperluan anda sepertimana anda melihatnya dalam platform Microsoft Excel.

          Sekiranya anda menukar format spreadsheet Excel kepada Google sheets, tidak semua fungsi, terutamanya macros tidak dapat disokongi oleh Google sheets.

          Jadi, pertimbangan untuk menggunakan platform yang manakah untuk menyimpan dan berkongsi maklumat Excel Spreadsheet adalah bergantung kepada pilihan anda.

No comments: