-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Monday 13 March 2017

MS Excel - Ekstrak maklumat tarikh lahir dan mengira umur

Excel merupakan perisian aplikasi pangkalan data yang membolehkan kita menganalisis data menggunakan fungsi-fungsi tertentu mengikut keperluannya.

DATE() dan DATEIF() functions merupakan antara fungsi tarikh dan masa yang banyak digunakan untuk penggunaan pengiraan masa.

DATE(year, month, day) 

Fungsi ini membenarkan kita menyediakan maklumat untuk pengiraan tarikh dan tempoh nanti.

Sekiranya anda dibekalkan nombor kad pengenalan, anda boleh ekstrak tarikh lahir daripadanya dan kemudian menukarkannya ke dalam data jenis tarikh dan masa.

Contohnya:

Catatan:

  • LEFT, MID merupakan fungsi untuk ekstrak data berbentuk teks.
  • Format tarikh yang dipilih adalah bergantung kepada pilihan, dalam kes yang dikemukakan adalah tarikh mengikut format UK yang berbentuk dd/mm/yyyy.


Berdasarkan maklumat yang diperolehi, boleh juga anda mengira usia individu dengan menggunakan fungsi DATEDIF().

DATEDIF merupakan fungsi yang membenarkan kita mengira perbezaan tempoh masa sama ada dalam unit ukuran hari, bulan, tahun dsb.

DATEDIF(start_date, end_date, interval_type) 

Contoh:


Catatan Interval_type menerima kod yang berikut:

  • "y" bermakna "Year", yang membenarkan kita mengira tempoh dalam ukuran tahun.
  • "ym" bermakna "Months Excluding Years", iaitu kiraan bulan dalam tempoh tahun yang sama.


No comments: