-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Monday 9 January 2017

Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2017 dan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi - Kenangan Manis 1

Tn. Hj. Jamal Mohd Nasir bin Atan
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Pada 12 Jan 2017 (Khamis), IPGKTHO telah mengadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi di Dewan Seri Budiman. Majlis ini meraikan persaraan Tn. Hj. Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dan Tn. Hj. A. Latif bin Abdullah, mandan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Tn. Hj. Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan akan bersara wajib pada 2 Februari 2017 pada usia 60 tahun.

Selama 14 tahun beliau berkhidmat di Institut Pendidikan Guru, memberikan sumbangan bakti dalam pelbagai bidang, termasuk menjadi Pengacara Majlis Rasmi, IPGKTHO, Penyelaras Program Pensiswazahan Guru sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. Beliau terus bersedia belajar berterusan sepangjang hayat untuk menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran pelbagai walaupun sudah kanan dalam pangkat dan jawatan. Beliau juga amat aktif dan cergas dalam sukan dan permainan seperti golf serta petanque.

Beliau merupakan Ketua Jabatan yang bertanggungjawab, prihatin dan bersifat penyayang. Beliau berusaha mengeratkan hubungan silaturrahim warga jabatan, bersedia mendengar pandangan dan masalah yang berjumpa dengan beliau.


Klik untuk bacaan lanjut:

No comments: