-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Saturday 19 November 2016

Penjelasan Lembaga Peperiksaan tentang keputusan UPSR 2016

Pada September 1-8, 2016, seramai  452,751 orang murid Tahun 6 di seluruh Malaysia telah berdaftar dan seramai 440,782 orang murid  telah menduduki peperiksaan UPSR (Azura Abas, 2016, Nov 17; nstonline, Nov 17.).


(Sumber: Berita Harian Online, 2016 Nov 17)
Format peperiksaan UPSR telah berubah dan mementingkan pengubalan item yang mengamalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Anda boleh melihat contoh format peperiksaan UPSR yang baru dengan mengeklik pautan yang berikut bagi mengunjungi laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai Pemberitahuan: Format dan instrumen contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2016.

Prestasi murid dari segi bilangan murid yang memperoleh semua A telah menurun secara mendadak daripada 38,344 orang murid (86%) pada tahun 2015 kepada 4,896 orang murid sahaja (1.11%).

Murid yang gagal semua subjek (E) sebenarnya  adalah 2.16%, dan pelajar yang mencapai minumum 1E adalah 31.14%. Mungkin ada banyak ruang dan peluang untuk membantu murid yang kurang mencapai ini.


Gred Purata Nasional ialah 2.96 (Azura Abas, 2016, Nov 17; nstonline, Nov 17.).
Jurang perbezaan pencapaian calon bandar dan luar bandar ialah 0.



Yang beirkut merupakan pengumuman keputusan UPSR 2016:

nstonlinetv. (2016). UPSR results: Only 1.11 pct score straight A's under new exam format. [Video file].

Yang berikut merupakan liputan berita tentang pencapaian UPSR pada peringkat negeri:

beritanasionalrtm rasmi. (2016). Keputusan UPSR 2016 - merangkumi beberap negeri [ 2016, Nov 17].[Video fail].


Bagi menjawab isu format peperiksaan UPSR 2016 yang berubah pada saat-saat yang terakhir sehingga menampakkan kemerosotan pencapaian calon UPSR, Datin Nawal Salleh selaku Pengarah Lembaga Peperiksaan telah membuat penjelasan yang berikut:

Astro Awani. (2016). Penjelasan Lembaga Peperiksaan tentang keputusan UPSR 2016. [Video file]. 

Beliau merayu agar semua tidak berasa kecewa atas pencapaian yang tidak mencapai hasrat dan menyalahkan guru kerana gagal menghasilkan ramai murid yang perolehi semua A.  Semua pihak seharusnya menggunakan data untuk mencapai murid yang belum mencapai tahap penguasaan kemahiran yang dijangkakan. Penilaian pensil dan kertas ini sebenarnya tidak mencerminkan bakat yang tidak diukur melalui item yang tergubal dalam penilaian summatif tersebut.


Rujukan

Astro Awani. (2016). Penjelasan Lembaga Peperiksaan tentang keputusan UPSR 2016. [Video file]. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=MPHucA75fxs#t=14

Azura Abas. (2016, Nov 17). UPSR results: Only 1.11 pct score straight A's under new exam format. [VIDEO]. Retrieved from http://www.nst.com.my/news/2016/11/189292/upsr-results-only-111-pct-score-straight-under-new-exam-format-video.

beritanasionalrtm rasmi. (2016). Keputusan UPSR 2016 - merangkumi beberap negeri [ 2016, Nov 17].[Video fail]. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=3Vo7PjVglR4

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015, Sep 29). Pemberitahuan: Format dan instrumen contoh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2016. Retrieved from http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4967

nstonlinetv. (2016). UPSR results: Only 1.11 pct score straight A's under new exam format. New Straits Time Online. http://www.nst.com.my/news/2016/11/189292/upsr-results-only-111-pct-score-straight-under-new-exam-format-video

nstonlinetv. (2016). UPSR results: Only 1.11 pct score straight A's under new exam format. [Video file]. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=dDnNzMqSUB4

UPSR 2016: 4896 calon peroleh semua A. (2016, Nov 17). Berita Harian. Retrieved from 


No comments: