-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Monday 3 October 2016

Hari Inovasi Peringkat Kebangsaan 2016


     Hari Inovasi Peringkat Kebangsaan 2016 diadakan pada 27-28 Sep 2016 di Dewan Seri Budiman, IPGKTHO. Jabatan Ilmu Pendidikan mempunyai lima kumpulan yang menyertai Pertandingan Hari Inovasi Peringkat IPGKTHO.

     Kumpulan Dr. Kamisah binti Buang, Pn. Hjh. Fadhilah binti Aspar dan Pn. Saedah binti Sukiran telah menyertai Pertandingan Inovasi dengan Projek Inovasi mereka bertajuk "Kit   Permainan Roda Suku Kata" dan telah memenangi pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi berunsur Pengajaran dan Pembelajaran kategori Pensyarah.

 Projek Inovasi kategori Pensyarah oleh Kumpulan Pn. Teresa Seow Sieu Kian, Pn. Noor Aziza binti Anuar dan Pn. Hjh. Maznah binti Madu pula bertajuk "Penulisan Refleksi Praktikum: Sistem dan Pembelajaran Kolaboratif Satu Pendekatan." telah memperolehi pingat Gangsa.


  Pn. Teresa Seow juga telah berkolaborasi dengan pelajar bernama Winnie Wong Wee Nie dalam Projek "Congkak 6X2 Meningkatkan Kemahiran Mendarab" dan juga telah memenangi pingat Gangsa untuk kategori Pensyarah.

Tn. Hj. Azlan bin Lin pula telah memperolehi pingat Gangsa dalam pertandingan tersebut mana kala Kumpulan En. Mohd Rosman bin Salubin dan En. Mohd Azhar bin Ab Rahman juga berjaya menyandang pingat Gangsa.





No comments: