-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Saturday 17 September 2016

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri, Muar Siri 1/2016

          En. Razali bin Mohammad, pakar IT, Rangkaian Komputer dan juga bidang Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang mengasaskan LMS IPGKTHO telah menyampaikan kursus bertajuk "Aplikasi Learning Management System (LMS) dalam PdP" pada 11 Sep 2016. 

          Beliau telah memberikan pendedahan kepada peserta kursus tentang penggunaan LMS untuk membolehkan pembelajaran secara atas talian berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Lokasi fizikal pengajar dan pelajar yang berlainan pada sesuatu masa tidak lagi menjadi halangan untuk proses pengajaran dan pembelajaran berlaku sama ada secara serentak ataupun sebaliknya. Beliau telah membimbing para peserta menggunakan platform LMS untuk menyediakan bahan, aktiviti pembelajaran di samping mengesan rekod /log aktiviti pelajar melalui LMS.


Anda boleh mengeklik pautan yang berikut untuk maklumat lanjut:

Kursus Teknik Mengajar PDRM Bakri Muar Siri 1/2016:
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10Album | Senarai nama kursus dan pensyarah || Bahan:  TMK

Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 di Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar 
1 | 2 | 3 | 5 

No comments: