-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Sunday 25 September 2016

CARA-CARA GURU MEMBANTU MURID MENCAPAI PERKEMBANGAN YANG OPTIMUM


Keberkesanan PdP dalam bilik darjah bergantung kepada perancangan guru mengikut tahap perkembangan dan perbezaan individu murid.  Sehubungan itu, strategi PdP haruslah sesuai dengan perkembangan fizikal, kognitif, rohani, emosi dan sosial. 


1.  Perkembangan Fizikal

n  mengurus perkembangan fizikal dalam Pendidikan Jasmani, permainan serta kerja praktikal haruslan mengikut tahap perkembangan fizikal murid.

n  Elakkan mengajar aktiviti fizikal, permainan serta kerja praktikal dalam aktiviti kemahiran hidup yang kompleks jika perkembangan murid belum mencapai tahap kematangan.


2.   Perkembangan Kognitif

n  Merancang aktiviti PdP yang menarik dan bermakna.

n  Menyediakan pelbagai bahan bantu belajar bagi membentuk konsep yang tepat.

n  Bagi murid yang lebih muda seperti murid prasekolah, mulakan dengan bantuan bahan konkrit dahulu sebelum mengajar  konsep yang lebih abstrak.

n  Isi pelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut pemeringkatan berikut :

-    daripada yang mudah kepada yang kompleks

-    daripada yang umum kepada yang khusus

-    daripada yang konkrit kepada yang abstrak

-    daripada pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada  pengetahuan atau pengalaman yang baharu.

-    daripada persekitaran dekat yang pernah dialami kepada persekitaran jauh yang belum dialami.


3.   Perkembangan Emosi dan Rohani

n  Berupaya memupuk emosi dan rohani murid yang sihat mengikut peringkat perkembangannya.

n  Mengawal dan mencegah tingkah laku murid dan perkembangan rohani yang tidak diingini yang mungkin berlaku dalam peringkat-peringkat tertentu seawal yang mungkin.

n  Bersifat penyayang dan membantu murid mengawal emosi dan rohani mereka dalam situasi tertentu.

n  Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani murid, membimbing mereka menghadapi serta menyelesaikan masalah emosi dan rohani dengan cara yang sesuai.


3.           Perkembangan Sosial

n  Menggunakan strategi pengajaran berkumpulan untuk memupuk perkembangan sosial.

n  Menggunakan aktiviti projek, perbincangan dan permainan dalam  kumpulan mengikut tahap dan peringkat perkembangan sosial murid.

n  Aturkan aktiviti kumpulan supaya murid-murid dapat bekerjasama menyelesaikan masalah pelajaran mereka bersama-sama.  Struktur pembelajaran koperatif membantu mereka menguasai kemahiran interaksi sosial yang positif.


PdP bermakna  bermaksud apabila murid berusaha mencapai objektif pembelajaran iaitu tahu akan kriteria kejayaan yang perlu dicapai selepas satu sesi PdP dijalankan.  Refleksi guru selepas proses PdP  adalah bagi menilai sama ada perancangan sebelum PdP dapat dijalankan sepenuhnya ataupun tidak.  Kreativiti guru dalam merancang dan melaksanakan PdP membantu murid mencapai tahap perkembangan menyeluruh, seimbang dan ke arah yang lebih optima.


No comments: