-->

Menu2

ImageSlider5

Peneraju Pedagogi Pembentuk pendidik berwibawa Membantu dan membimbing ke arah kejayaan Mendidik tunas bestari Inovasi digital dalam PdP Menghasilkan pendidik bertaraf dunia

Berita Terkini

Wednesday 20 January 2016

Bengkel Pemantapan Penyeliaan Praktikum


Pada 12 Januari 2016 (Selasa), pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang, Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pemantapan Penyeliaan Praktikum untuk pensyarah jabatan yang menyelia praktikum pelajar PISMP dan KDPM-KDC KEMAS, khususnya opsyen Pendidikan Prasekolah dan Pendidikan Pemulihan. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Pengajaran Mikro, Bangunan Ilmu Pendidikan.

Antara penceramah yang berkongsi maklumat dan pengalaman adalah Dr. Kamisah bt. Buang, Pn. Saedah bt. Sukiran, Pn. Siti Saleha bt. Samsuri dan Pn. Hjh. Normah bt Mat Daut.
Tn. Hj. Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan mengalu-alukan kehadiran peserta bengkel.
Dr. Kamisah bt. Buanfg membincangkan masalah pelajar Kemas.
Pn. Siti Saleha bt. Samsuri menerangkan skop dan cara pelaksanaan praktikum pelajar Prasekolah.
Pn. Hjh. Normah bt. Mat Daut menceritakan pendekatan dan kaedah pengendalian kelas pemulihan.
Pn. Saedah bt. Sukiran berkongsi maklumat berhubung pengintegrasian KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran.


Peserta bengkel memnghasilkan produk inovatif dan kreatif menggunakan bahan terbuang ketika sesi  KBAT berlangsung.

No comments: